Honor Choice Earbuds X3 Ditawarkan Pada Harga RM249 Di Malaysia

Diterbitkan pada Jan 4, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Honor Choice Earbuds X3 turut diumumkan hari ini sebagai kemaskini baharu untuk aksesori audio Honor di Malaysia. Ia dijual pada harga RM249 dengan pilihan warna White dan Titanium. Ketersediaan adalah menerusi Lazada, Shopee dan pengedar sah Honor di seluruh Malaysia.

Untuk spesikasi, ia memuatkan dua pemandu audio sebesar 12mm dengan pembatalan hingar aktif hibrid. Terdapat tiga jenis mod disediakan melaluinya yang terdiri dengan piliha Ultra Noise Cancelling, Moderate Noise Cancelling dan Cozy Noise Cancelling. Tambatan pantas boleh dibuat menerusi sokongan bluetooth 5.2 yang turut menawarkan ciri sambungan dwi-peranti serentak.

Bateri 500mAh turut disertakan dengan ketahanan maksimum 36 jam dengan pod pengecas. Kemudian berkurang kepada 9 jam melalui fon telinga itu sendiri. Ia turut menerima penarafan kalis air IP54 untuk pelindungan tambahan. Kesemua ciri dan fungsi dinyatakan ini telah dimuatkan ke dalam set fon telinga nirwayar jenis dalam telinga. Di samping gabungan pod pengecas berbentuk bujur.

komen


© Amanz / 2023 Kami