Samsung SmartThings Station Ialah Hab Pintar Internet Benda Merangkap Pengecas Nirwayar

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. oleh .

Di CES hari ini Samsung melancarkan SmartThings Station yang merupakan sebuah hab pintar mengawal pelbagai peranti internet benda (IoT) di rumah, pejabat atau mana-mana lokasi sistem pintar ingin digunakan. Hab ini menyokong ekosistem baharu Matter yang menyeragamkan kesemua sistem IoT sedia ada dengan mudah.

Ia mempunyai sebuah butang rutin fizikal yang boleh diprogramkan untuk mengaktifkan tiga rutin paling kerap digunakan. Misalnya rutin ingin tidur mematikan lampu di seluruh rumah, mengawal kamera litar tertutup, mengaktifkan penggera dan kemudian membunyikan loceng untuk bangun di waktu pagi.

Selain itu ia turut berfungsi sebagai sebuah pengecas nirwayar dengan kuasa maksimum 15W. Bagi pengguna peranti Galaxy, sebuah butang pada SmartThings Station boleh ditekan untuk mencari peranti yang mungkin hilang di rumah. Samsung SmartThings Station akan dijual di Amerika Syarikat dan Korea terlebih dahulu bermula Januari namun harga belum diumumkan.

komen


© Amanz / 2023 Kami