Di CES sudah menjadi tradisi untuk Samsung melancarkan siri TV pintar mereka di bawah keluarga Neo QLED, Micro LED dan OLED. Tahun ini tiada bezanya dengan beberapa model dari sir ini dikemaskini dengan ciri baharu sempena tahun baharu 2023.

Siri Samsung Neo QLED tahun ini dikemaskini dengan sokong resolusi 8K yang lebih baik dengan kemampuan menala kandungan HDR dengan lebih baik dibantu oleh cip Quantum Processor bahari. Sebagai hab produk internet benda (IoT), TV ini juga kini menyokong ekosistem seragam di bawah piawaian Matter yang dilancarkan tahun 2022.
Ciri lain yang disokong ialah ConnecTime yang membolehkan panggilan video dari telefon dipindahkan ke TV untuk paparan lebih besar, Chat Together berbual bersama rakan sambil menonton kandungan yang sama dan 3D Map View yang menunjukkan kesemua peranti IoT di rumah peta tiga dimensi.

Siri televisyen Samsung Micro LED pula dilancarkan dengan skrin antara 50 hingga 140 inci dengan sokongan standard Samsung Gaming Hub, AMD FreeSync Premium Pro dan kadar segar semula mencecah 144Hz
TV Samsung OLED 2023 pula hadir dalam pilihan saiz 55, 65 dan 77 inci baharu dengan teknologi Quantum Dot. Kemampuan visual televisyen dipertingkatkan dengan bantuan cip Neural Quantum Processor. Seperti siri Mikro LED, siri OLED juga mempunyai Samsung Gaming Hub dan sokongan AMD FreeSnyc Premium Pro.
Tiada maklumat mengenai tarikh dan harga jualan pada waktu ini.