ASUS Zenbook Pro 16X OLED Hadir Dengan RTX 4080 Dan ASUS Dial Untuk Pengguna Industri Kreatif

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. oleh .

ASUS Zenbook Pro 16X OLED telah diumumkan dengan ia adalah komputer berprestasi tinggi khusus untuk pengguna industri kreatif. Paparan warna yang lebih tepat dan tajam boleh dipaparkan pada skrin sesentuh 16″ 3.2K 120Hz OLED dengan nisbah 16:10. Skrin melepasi piawaian warna Pantone, HDR Dolby Vision dan 100% DCI-P3.

Kelajuan memproses melampau dapat dinikmati menerusi gabungan cip Intel CoreĀ i9-13905H, GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan NVIDIA Studio drivers, memori 32 GB LPDDR5X, storan 1TB M.2 NVMe PCIe 4.0 SSD dan bateri 96Wh.

Rekaan tubuh ASUS Zenbook Pro 16X OLED menarik kerana ia menjongket ke atas untuk memberikan pengudaraan yang lebih baik untuk tujuan penyejukan. Pengoptimasian komponen serta sistem penyejukan membawakan peningkatan prestasi 1.4X dalam suntingan video dan 8.9X dalam proses menghasilkan kandungan 3D berbanding model terdahulu.

Papan kekunci terjungkit ke atas sehingga 7 darjah bagi memberikan kedudukan menaip yang lebih selesa. Terdapat ASUS Dial – roda untuk melakukan perubahan tetatapan dalam aplikasi dan pad sesentuh bersaiz besar untuk melakukan kerja tanpa tetikus.

komen


© Amanz / 2023 Kami