Siri Komputer Riba ASUS ExpertBook B1 Dikemaskini Dengan Cip Pemprosesan Intel Alder Lake

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Siri komputer riba ExpertBook B1 ialah siri komputer riba kelas produktiviti premium paling padat, nipis dan ringan yang masih lagi dikuasakan oleh komponen-komponen yang berkuasa oleh Intel.

Untuk tahun 2023, komputer riba ASUS ExpertBook B1 dikemaskini sekali lagi dengan komponen-komponen terbaru sehingga Intel Core i7 generasi ke-12 Alder Lake dan juga pilihan memori DDR4 sehingga 48GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 sebesar 2TB.

Sama seperti model-model sebelum ini, rangka komputer riba ini dibina menggunakan aloi magnesium-aluminum untuk memastikan rangka yang bukan sahaja teguh, tetapi juga ringan. ExpertBook B1 kini hadir dengan dua pilihan model, iaitu dengan paparan 14 inci dan juga 15.6 inci yang boleh dibeli bergantung kepada keperluan pengguna.

Selain daripada meggunakan paparan NanoEdge yang memastikan penggunaan ruang paparan semaksima yang mungkin, ia juga mempunyai sudut pandangan 178 darjah yang memudahkan kolaborasi kerana kandungan yang terkandung dalam paparan ini boleh dilihat dari pelbagai sudut.

Bukan itu sahaja, paparan ini juga boleh dibaringkan 180 darjah secara mendatar untuk tontonan dari pelbagai sudut.

Dari segi pilihan palam, komputer riba ini hadir dengan pilihan palam yang sama seperti model sebelumnya, termasukah palam USB 3.2 Gen 2, USB Type-A dan HDMI. Bukan itu sahaja, komputer riba ini juga kini menyokong sambungan WiFi 6E untuk sambungan internet nirwayar yang lebih pantas.

ASUS Malaysia mengatakan bahawa mereka akan mengumumkan tarikh pelancaran dan harga untuk komputer riba ASUS ExpertBook B1 ini kelak.

komen


© Amanz / 2023 Kami