Apple Books Melancarkan Ciri Buku Audio Yang Dibaca Kecerdasan Buatan

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple telah melancarkan ciri buku audio pada aplikasi Apple Books mereka yang dibaca oleh kecerdasan buatan. Ia dilaporkan sepatutnya dilancarkan pada November tahun lalu tetapi ditangguh atas sebab beberapa isu. Menerusi ciri ini, kesemua ebuku yang ditawarkan di Apple Books boleh diubah menjadi buku audio secara automatik tanpa ia perlu menjalani proses rakaman suara menggunakan manusia yang mengambil masa yang lama serta kos yang tinggi.

Untuk menyokong ciri narasi digital ini, Apple telah menjemput beberapa penerbit buku untuk menyertai program mereka secara rahsia. Penerbit bebas juga boleh menyertai program ini asalkan mereka memegang hak penerbitan buku audio untuk buku asal.

Beberapa contoh suara narator telah dikongsi oleh Apple di laman mereka untuk genre buku berbeza. Ebuku yang menyokong ciri ini akan memaparkan logo Narrated By Apple Books apabila dilihat dalam aplikasi Apple Books.

Pasaran untuk buku audio telah meningkat 25% tahun lalu dengan ia menjadi pendapatan yang lebih tinggi kepada penerbit berbanding ebuku biasa. Tarikan buku audio ialah penceritaan yang lebih hidup, tidak perlu membaca sendiri buku dan penggunaan suara selebriti untuk membaca.

komen


© Amanz / 2023 Kami