Pengasas Creative Technology, Sim Wong Hoo Meninggal Dunia Pada Usia 67 Tahun

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sound Blaster adalah kad audio yang dibangunkan oleh Creative Technology. Ia adalah produk yang cukup popular di kalangan pengguna komputer Windows yang inginkan sokongan audio seperti sambungan bicu audio dan pelbagai lagi. Creative turut popular dengan pelbagai produk audio lain seperti pemain MP3, speaker dan banyak lagi.

Creative Technology dibangunkan oleh Sim Wong Hoo pada tahun 1981 dan ia adalah syarikat berasaskan di Singapura. Mothership hari ini melaporkan, Sim Wong Hoo telah meninggal dunia pada usia 67 tahun. Tiada butiran dikongsi apakah punca kematian pengasas dan CEO Creative ini. Sim Wong Hoo telah mengetuai syarikat ini dari mula dibangunkan.

Buat masa ini, Lee Kheng Nam telah dilantik sebagai pengerusi syarikat. Sementara Song Siow Hui adalah CEO interim Creative.

komen


© Amanz / 2023 Kami