Kompleks Pengecasan Go To-U EV Rekascape Cyberjaya Dilancarkan – Pengecas CCS2 DC Sehingga 60kW

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan banyaknya kenderaan elektrik yang muncul di pasaran, sistem sokongan pengecasan juga perlu berkembang pesat dan wujud di pelbagai ceruk tempat. Ini kerana kenderaan elektrik perlu dicaj, dan bilangan pusat pengecasan di Malaysia masih kurang. 

Melihat kearah itu, Cyberview dan Roda Emas Industries telah bekerjasama untuk pusat pengecasan Go To-U EV Lifestyle Hub di Rekascape Cyberjaya. Pusat pengecasan ini bakal menambah pilihan pengecasan buat pemilik kenderaan elektrik di Cyberjaya dan kawasan sekitarnya. Malah pihak Roda Emas juga turut beroperasi dari Cyberjaya, bagi memantau pengecas-pengecas mereka yang akan dibangunkan di beberapa lokasi lain di seluruh Malaysia tidak lama lagi.

Pusat pengecasan ini menampilkan 4 pengecas DC CCS2 dengan keupayaan pengecasan maksimum 60kW namun pengecasan tersedia untuk pengguna adalah 30kW. Oleh itu ini menjadikan sebanyak 4 kenderaan dengan kuasa pengecasan 30kW tersedia. Dengan pengecas ini juga anda boleh mengecas penuh sepantas 30 minit, tertakluk kepada saiz bateri kenderaan. 

Menggunakan aplikasi Go To-U EV, pengguna boleh melihat sekiranya pengecas tersebut tersedia dan tidak digunakan kenderaan lain, dan  menempah waktu pengecasan yang diinginkan. Kadar pengecasan pula tidak dinyatakan dan buat masa ini harga percuma sehingga akhir bulan. 

Dengan berita-berita pertambahan pengecas pantas kenderaan elektrik ini, ia dapat turut menggalakkan pemilikan kenderaan elektrik disamping memberikan kemudahan infrastruktur untuk kawasan setempat.

komen


© Amanz / 2023 Kami