Tahun lepas, Apple tidak memilih BOE sebagai pembekal skrin iPhone 14 kerana didapati cuba menipu. Tetapi tahun ini berbeza, kerana BOE dilaporkan sudah menerima kontrak Apple untuk menjadi pembekal panel skrin iPhone 15 dan iPhone 15 Plus.
BOE dikatakan memegang pasaran panel skrin sebanyak 70% untuk iPhone dan telah menewaskan Samsung dengan pegangan pasaran 30% sahaja. Bukan itu sahaja, BOE juga dikatakan akan menjadi pembekal untuk panel LTPO iPhone yang lebih berkuasa pada tahun 2024 nanti.
Ini bermakna, tidak lama lagi jika BOE boleh mengekalkan pegangan pasaran panel skrin Apple – mereka berpotensi menjadi pembekal panel skrin terbesar. Cuma dari segi kualiti dan ketahanan masih tidak pasti lagi bagaimana. Isu kerosakan skrin iPhone 13 Pro pada tahun lalu dikatakan banyak berlaku pada model yang menggunakan panel LG. Sama-sama kita nantikan.