Carian
New York Mengharamkan Akses ChatGPT Di Sekolah Kerana Isu Penipuan Oleh Pelajar
January 5, 2023 Effi Saharudin

ChatGPT dilancarkan tahun lalu dengan ia mengagumkan ramai pengguna kerana kemampuannya menghasilkan karangan dengan pantas sebai penulis manusia. Antara isu terawal sejak ChatGPT yang boleh diakses secara percuma ialah ia digunakan pelajar untuk mengelat menghasilkan kerja rumah yang diberikan oleh guru sekolah.

Jabatan Pendidikan New York telah mengeluarkan arahan supaya akses ChatGPT dihalang daripada rangkaian internet di sekolah dan juga peranti yang diberikan oleh sekolah kepada pelajar. Langkah drastik ini diambil kerana penggunaan ChatGPT adalah tidak baik untuk proses pembelajaran di sekolah. Jawapan boleh dicari dengan hanya bertanya kepada ChatGPT tanpa mereka melakukan sebarang usaha untuk belajar dan menajamkan kemampuan berfikiran kritikal.

Selain di sekolah sudah muncul insiden pelajar universiti menggunakan kecerdasan buatan ini untuk menghasilkan kertas kerja yang diberikan pensyarah. Percubaan mengelat mereka terdedah kerana fakta yang kurang tepat dan kertas kerja tidak mempunyai segmen rujukan yang biasanya wujud dalam kertas kerja yang ditulis oleh pelajar sendiri.

Komen