Samsung Memperlihatkan Skrin Telefon UDR Dengan Keterangan Melebihi 2000 nits

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Keteranagan skrin pada telefon Galaxy S22 Ultra mencapai 1750 nits pada tetapan yang paling tinggi. Ini adalah sekitar tiga kali ganda keterangan skrin LCD pada sebuah monitor komputer. Di CES 2023, Samsung telah memperlihatkan teknologi skrin Ultra Dynamic Range (UDR) baharu dengan keterangan melangkaui 2000 nits.

Skrin masih dari keluarga OLED dengan Samsung mengatakan skrin yang terang adalah lebih penting pada telefon pintar berbanding TV atau monitor komputer kerana ia lebih kerap digunakan di kawasan luar. Dua teknologi UDR Samsung disahkan melepasi tahap 1500 nits dan 2000 nits menerusi ujian rasmi makmal UL Solutions.

Dengan panel sudah diperlihatkan, tidak mengejutkan jika panel UDR ini akan digunakan pada siri Galaxy S23 yang akan dilancarkan bulan depan. Saban tahun teknologi paling terkini daripada Samsung Display akan digunakan pada telefon paling mercu siri Galaxy S keluaran Samsung.

komen


© Amanz / 2023 Kami