Cermin Mata AR TCL RayNeo X2 Dilengkapi Skrin Mikro LED Berwarna Dan Kamera 16MP

Diterbitkan pada Jan 5, 2023. oleh .

Pembangunan kaca mata pintar kini memasuki era kelahiran semula dengan minat menghasilkannya bermula dengan pesat walaupun selepas kegagalan Google Glass. Di CES 2023, TCL memperlihatkan pula TCL RayNeo X2 yang merupakan kaca mata dengan teknologi realiti terimbuh (AR).

Menurut TCL, RayNeo X2 ialah kaca mata pintar pertama dengan skrin mikro LED berwarna terbina pada kaca mata. Visual boleh dipaparkan pada cermin dengan ia berguna untuk melakukan navigasi, menjadi mesin teleprompter skrip, menonton video dan juga melihat audio dialah bahasa terus secara masa nyata.

Kaca mata dijana cip Snapdragon XR2, dilengkapi 6GB RAM dan storan 128GB. Terdapat sepasang speaker pada tangkai untuk mendengar muzik serta melakukan panggilan suara. Sebuah kamera 16MP diletakkan pada bahagian tengah, berbeza dengan rekaan cermin mata pintar lain yang meletakkannya di bahagian tangkai.

Tidak seperti kaca mata pintar TCL yang dilancarkan sebelum ini TCL RayNeo X2 berfungsi secara kendiri tanpa tambatan ke sebuah telefon pintar. Pembangunan masih sedang dilakukan dengan pelancaran akan dilakukan dalam tahun ini juga.

komen


© Amanz / 2023 Kami