Cari @ Amanz

Belanjawan atau Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari 2023 kelak, dimana sejumlah insentif dan inisiatif bakal diumumkan. Menyentuh mengenainya, kini ia turut dikongsikan yang mana kerajaan akan meneruskan sejumlah insentif berkaitan kereta elektrik dibawah Bajet 2023.

Kerajaan dijangka akan mengumumkan sejumlah insentif baharu berkaitan kereta elektrik – sekaligus mengalakkan lagi peralihan ke penggunaan kereta elektrik yang dikatakan lebih mesra alam berbanding sedia ada.

Kerajaan juga sedia menyasarkan untuk memasang sekitar 10,000 pusat pengecasan kereta elektrik menjelang 2025 kelak. Pada hari ini, lebih 900 pusat pengecas awam untuk kereta elektrik telah tersedia.

Selain daripada pusat pengecasan, kerajaan juga dilihat akan terus memainkan peranan dalam pengurusan infrastruktur, perundangan dan piawaian untuk kenderaan elektrik di Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd