Lenovo Melancarkan Tab Extreme Dengan Skrin 14.5″ OLED Dan Dimensity 9000

Diterbitkan pada Jan 6, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Adakah tablet boleh menggantikan komputer riba? Terdapat pelbagai usaha dilakukan oleh pengeluar untuk menjadikan ini realiti tetapi masih belum berjaya. Di CES 2023, Lenovo Tab Extreme telah diumumkan sebagai tablet Android dengan skrin OLED gergasi 14.5″ 3K 120Hz dan menggunakan Android 13.

Tablet ini dijana cip Dimensity 9000, memori sebesar 12GB RAM, storan sebesar 256GB dan bateri sebesar 12300 mAh yang menyokong pengecasan pantas 68W. Ini dipadankan dengan kamera utama 13+5 MP dan kamera swafoto 13MP. Sistem audio yang digunakan pula terdiri daripada lapan speaker keluaran JBL yang menyokong Dolby Atmos.

Aksesori papan kekunci dibekalkan untuk Tab Extreme dengan ia boleh digunakan secara melintang atau mendatar. Kepada golongan kreatif, skrin tablet menyokong stylus Lenovo Precision Pen 3. Kerana saiznya yang besar, berat Tab Extreme mencecah 740 gram.

Ciri lain yang diberikan ialah pengimbas cap jari pada butang kuasa dan juga sokongan tiga versi Android serta empat tahun tampalan sekuriti. Lenovo Tab Extreme akan dilancarkan penghujung 2023 pada harga $1200 (~RM5277).

komen


© Amanz / 2023 Kami