Siri Lenovo Legion Pro 7 Dan Pro 5 Dikemaskini Dengan Pilihan Pemproses Intel Serta AMD

Diterbitkan pada Jan 6, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer riba di bawah siri Lenovo Legion telah dikemaskini dengan beberapa variasi baharu. Ini termasuklah Lenovo Legion Pro 7i, Legion Pro 7, Legion Pro 5i dan Legion Pro5, yang mana kesemuanya diumumkan di CES 2023. Penawaran yang diberikan juga menarik dengan sokongan perkakasan dalaman serba baharu.

Lenovo Pro 7i dan Pro 7 berkongsi sebahagian besar ciri dan fungsi yang sama. Melaluinya, skrin sebesar 16-inci IPS WQXGA (2560 X 1600 piksel) dengan kadar segar semula 240Hz digunakan. Turut disertakan adalah sokongan papan kekunci fizikal TrueStike dengan sokongan lampu latar RGB yang boleh disesuaikan.

Kedua-duanya juga memuatkan siri GPU NVIDIA GeForce RTX 40, pilihan memori sehingga 32GB RAM dan storan mencapai 2TB PCIe SSD (Gen 4) secara terbina. Di samping, sistem penyejukan Lenovo Legion ColdFront 5.0 dengan ruang wap lebih luas bagi tujuan aliran haba yang baik. Seterusnya, cip khusus Lenovo LA AI pula bantu memantau bebanan CPU dan GPU untuk prestasi baik yang konsisten sepanjang masa.

Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web terbina 1080P/720P, kapasiti bateri 99.99Whr dengan pengecasan berwayar 140W dan dua pembesar suara terbina. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 x Type C (USB 3.2 Gen 2 + DisplayPort 1.4). 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x Type A (USB 3.2 Gen 1), 1 x E-Shutter Button, 1 x DC, 1 x Type C, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x Type A USB 3.2 Gen 1, 1 x HDMI 2.1, 1 x RJ45 dan bicu audio.

Perbezaan ketara boleh dilihat pada sokongan CPU, di mana Legion Pro 7i menggunakan CPU Intel Core i9-13900HX. Sementara itu, CPU AMD Ryzen 9 7945HX pula disertakan pada Legion Pro 7. Kelebihan lain turut boleh dilihat pada variasi Pro 7i yang dibekalkan sokongan Thunderbolt 4 dan Intel Killer Wi-Fi 6E untuk sambungan jalur lebar lebih lancar.

Lenovo Legion 5i dan Pro 5 juga mempunyai skrin 16-inci WQXGA (2560 x 1600) IPS dengan kadar segar semula 240Hz. Siri siri GPU NVIDIA GeForce RTX 40 turut digunakan dengan pilihan memori sehingga 32GB RAM dan storan mencapai 2TB PCIe SSD (Gen 4) secara terbina. Kapasiri bateri pula sebesar 80Whr dengan pengecasan berwayar 140W. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera web terbina 1080P/720P, dua pembesar suara terbina dan menjalankan Windows 11 Pro/Home.

Perbezaan pada model ini turut boleh dilihat pada sokongan CPU sehingga Intel Core i9-13900HX digunakan pada Legion Pro 5i. Sementara itu, Legion Pro 5 pula dilengkapi dengan CPU sehingga AMD Ryzen 9 7845HX.

Senarai harga untuk kesemua komputer riba ini adalah seperti senarai di bawah:

  • Lenovo Legion Pro 7i (16”, 8) dengan CPU Intel bermula pada $1999.99 (~RM8,786) dan ketersediaan pada Mac 2023.
  • Legion Pro 7 (16”, 8) dengan CPU AMD Ryzen bermula pada €2699 (~RM12,487) dan ketersediaan pada April 2023
  • Lenovo Legion Pro 5i (16”, 8) dengan CPU Intel bermula pada $1479.99 (~RM6,502) dan ketersediaan pada April 2023.
  • Lenovo Legion Pro 5 (16”, 8) dengan CPU AMD Ryzen bermula pada $1459.99 (~RM6414) dan ketersediaan pada April 2023.

komen


© Amanz / 2023 Kami