Lenovo Yoga Slim 6i Dan 7i Carbon Menyokong CPU Intel Raptor Lake Dan GPU Intel Iris Xe

Diterbitkan pada Jan 6, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Barisan komputer riba Lenovo Yoga yang memfokuskan terhadap produktiviti turut dikemaskini. Melaluinya, Yoga Slim 6i dan Yoga Slim 7i Carbon diumumkan dengan pemproses Intel Core Generasi ke-13 untuk prestasi lebih berkuasa. Sementara itu, Yoga 6 pula menggunakan pemproses siri AMD Ryzen 7000 terkini dan kapasiti bateri yang dipertingkatkan.

Berkongsi lebih lanjut, Yoga Slim 6i yang juga dikenali sebagai Lenovo Slim 7 dilengkapi skrin 14-inci LCD IPS/OLED dengan resolusi mencapai 2.8K dan kadar segar semula 60Hz/120Hz. Turut disertakan adalah pilihan CPU Intel Core i7-1280P/Intel Core i5-1240P dan GPU Intel Iris Xe. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM LPDDR5 Dual Channel dengan storan mencapai storan 1TB PCIE M.2 terbina. Lain-lain spesifikasi termasuklah kapasiti bateri hingga 65Whr (EVO) SI, kamera web FHD, Kamera IR dan sistem pembesar suara dengan Dolby Atmos Spatial Audio. Pilihan I/O terdiri dengan 2 x Thunderbolt 4.0 (PD 3.0/DP 1.4). 1 x HDMI, 1 x USB3.2 Gen1 Type-A dan 1 x bicu audio.

Seterusnya adalah Yoga Slim 7i Carbon yang merupakan sebuah kompouter riba dengan skrin 13.3-incI IPS Dolby Vision dengan kadar segar semula 90Hz. Turut disertakan adalah pilihaan CPU Intel Core i7-1280P/Intel Core i5-1240P dan GPU Intel Iris Xe. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM LPDDR5 Dual Channel dengan storan mencapai storan 1TB PCIE M.2 terbina. Lain-lain spesifikasi termasuklah ketahanan bateri maksimum 10.3 jam, Kamera IR dan sistem pembesar suara dengan Dolby Atmos. Pilihan I/O terdiri dengan 1 x Thunderbolt 4.0 dan 1 x USB Type-C 3.2 Gen2.

Sebagai tambahan, Lenovo Yoga 6 juga diumumkan dengan skrin 13-inci FHD IPS dengan kadar segar semula standard. Turut melengkapinya, pilihan CPU AMD Ryzen 7 7730U / AMD Ryzen 5 7530U dengan GPU AMD Radeon. Pilihan memori pula sehingga 16GB RAM LPDDR4 dan storan sehingga 1TB TLC PCle M:2 SSD terbina. Lain-lain spesifikasi termasuklah kamera FHD, sistem pembesar suara dengan Dolby Atmos, kapasiti bateri 59Whr dan sokongan Wi-Fi 6. Pilihan I/O terdiri dengan 2 x USB Type-C, 2 x USB-A (USB 3.2 Gen 1), 1 x bicu audio, 1 x HDMI 2.0 dan 1 x pembaca kad MicroSD.

komen


© Amanz / 2023 Kami