Snap Akan Menamatkan Penawaran Aplikasi Snap Camera Pada PC Dan Mac

Diterbitkan pada Jan 6, 2023. oleh .

Snap, syarikat disebalik aplikasi mudah-alih Snapchat, kini mengumumkan mereka akan menamatkan aplikasi kamera untuk desktop yang ditawarkan pada PC dan juga Mac.

Bagi yang tidak mengenali akan aplikasi Snap Camera, ia membolehkan anda menambah penuras atau kesan khas pada webcam di komputer anda. Seterusnya, anda boleh menggunakan paparan yang unik atau ditambah kesan khas ketika membuat panggilan video.

Melalui laman sokongan yang disediakan, Snap mengatakan Snap Camera tidak lagi boleh digunakan bermula 25 Januari 2023.

Sebagai ganti untuknya, Snap meminta pengguna untuk menggunakan Snapchat untuk Web.

komen


© Amanz / 2023 Kami