Mengikut perkembangan semasa, kini penganalisa popular Ming-Chi Kuo menyasarkan Apple untuk memperkenalkan set kepala realiti-terimbuh mereka sekitar pertengahan tahun, atau pada suku ketiga 2023 kelak.

Pada awalnya, Apple disasarkan untuk pengenalan pada awal tahun 2023, tetapi kini ia dikatakan ditangguhkan disebabkan oleh beberapa cabaran – termasuk masalah dengan komponen mekanikal, selain penawaran perisian untuk pembangunan.
Ming-Chi Kuo kini menyasarkan Apple mungkin memperkenalkan set kepala ini pada kemudian masa, berkemungkinan juga pada acara WWDC tahun ini.
Apa pun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan set realiti gabungan ini yang dijangka menjadi salah satu teknologi utama yang difokuskan ramai selepas ini.