Nokia Mobile sedia hadir dengan sejumlah telefon-telefon bimbit pada harga kompetitif, dengan ciri-ciri komunikasi asas. Salah satu yang terbaru kini memasuki pasaran tempatan adalah Nokia 5710 XpressAudio untuk pasaran tempatan.
Nokia 5710 XpressAudio ini agak unik dari segi rekaan, dimana ia menyertakan fon telinga secara terbina pada bahagian belakang peranti untuk mudah diakses dan juga tidak hilang ke mana-mana.
Dari segi spesifikasi, ia hadir dengan skrin 2.4-inci QVGA, kamera VGA dibahagian belakang, serta bateri dengan ketahanan sehingga 20 hari lamanya. Fon telinga pula akan hadir dengan masa penggunaan sehingga 4 jam apabila dicaj penuh. Telefon ini juga menyertakan papan kekunci fizikal untuk input.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan Nokia 5710 XpressAudio pada harga RM339 di Malaysia.