Carian
Data 235 Juta Pengguna Twitter Dijual Pada Harga RM9
January 7, 2023 Effi Saharudin

Data sekitar 235 juta pengguna Twitter telah dijual di web gelap pada minggu ini pada harga harga hanya $2 selepas ditukar daripada nilai kripto. Maklumat yang dijual adalah dalam bentuk nama akaun, emel, nombor telefon, jumlah pengikut dan bilakah akaun dibuka oleh pemilik akaun.

Tidak kata laluan tertiris tetapi menerusi pangkalan data ini pelbagai maklumat penting boleh digunakan oleh pembeli data bagi tujuan mencuri identiti atau mencuri akaun lain di media sosial. Ini bukan kali pertama Twitter mengalami isu ketirisan data. Kali ini ia berlaku kerana kelemahan sistem API yang digunakan oleh Twitter.

Jumlah pengguna yang terkesan adalah tinggi kerana Twitter hanya mempunai sekitar 450 juta pengguna. Isu kecurian dan ketirisan data menjadi semakin serius sejak akhir-akhir ini. Satu-satunya cara untuk selamat ialah menukar kata laluan dengan kerap serta menggunakan kata laluan yang mempunyai jumlah aksara yang panjang.

Komen