Carian
Samsung Secara Tidak Sengaja Mengesahkan Pelancaran Galaxy S23 Pada 1 Februari
January 8, 2023 Aman

Samsung kini dilihat secara tidak sengaja mengesahkan akan melancarkan telefon mercu mereka untuk tahun 2023 pada 1 Februari 2023 kelak.

Walaupun tidak diumumkan secara rasminya, tetapi melalui laman Samsung Colombia yang aktif untuk sementara waktu, ia memperlihatkan laman khusus untuk Galaxy Unpacked dengan tarikh yang dijadualkan pada 1 Februari 2023 kelak.

Tiada sebarang maklumat lanjut dikongsikan pada halaman tersebut, selain sebuah gambar yang memperlihatkan susunan tiga sensor kamera secara menegak.

Dengan ketirisan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi oleh Samsung berkaitan dengannya tidak lama lagi.

Komen