Cari @ Amanz

Elon Musk kini berkongsi mengatakan Twitter akan melalui beberapa perubahan dari segi antaramuka, selain pengenalan ciri baharu dalam sebulan dua ini.

Termasuk dalam pengenalan ciri baharu ialah pengenalan sokongan untuk perkongsian Tweet yang panjang. Pada hari ini, Twitter mengehadkan perkongsian kepada hanya 280 aksara sahaja.

Sebelum ini, ia telah diperkatakan Twitter mungkin menyokong perkongsian sehingga 4000 aksara melaluinya.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan pengguna berkongsi artikel atau perkongsian panjang, tanpa perlu memecahkan ia kepada beberapa Tweet berbeza.

Elon Musk menyasarkan ciri ini akan diperkenalkan pada awal Februari 2023 ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd