Razer Kiyo Pro Ultra Diumumkan – Kamera Web 4K Dengan Kualiti Setanding DSLR

Diterbitkan pada Jan 9, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Baru-baru ini, Razer telah hadir dengan kamera web baharu yang mempunyai kualiti setanding DSLR menerusi Kiyo Pro Ultra. Ia menyokong resolusi sehingga 4K/30 FPS yang menggunakan sensor 8.3 MP CMOS Sony STARVIS dengan saiz piksel 2.9μm. Hal ini sekaligus membolehkan ia menangkap cahaya dengan lebih banyak, kemudian menghasilkan imej lebih terperinci. Dalam masa sama, sokongan HDR juga telah dipertingkatkan untuk kualiti warna lebih baik.

Di samping itu, Razer Kiyo Pro Ultra juga dilengkapi ciri Face Tracking Auto-Focus AI yang boleh menjejak wajah pengguna secara automatik. Dengan kecerdasan buatan terbina, kamera boleh memastikan pengguna sentiasa difokus dengan betul, pada masa sama mengaburkan latar belakang dengan baik. Menurut Razer, kesan bokeh ini dilakukan secara automatik tanpa memerlukan sebarang perisian tambahan.

Saiz kamera ini bagaimanapun lebih besar berbanding generasi sebelum ini. Seterusnya, terdapat juga pengatup fizikal disediakan, sama ada terbina di dalam atau tambahan diluar kamera bagi pengguna yang memerlukan lebih privasi. Pengguna turut boleh menggunakan perisian Razer Synapse untuk pengubahsuaian pelbagai jenis tetapan dan mua-turun terkini. Untuk harga, ia dijual pada $300 (~RM1313) sebuah.

komen


© Amanz / 2023 Kami