ChatGPT baru berusia beberapa minggu dan telahpun mewujudkan pelbagai masalah kepada para akademik kerana ia digunakan oleh pelajar untuk mengelat menghasilkan tugasan. Edward Tian seorang pelajar dari Princeton akan menyelesaikan isu ini selepas menghasilkan perisian GPTZero.
Menurut Tian, perisian dibangunkan khusus untuk menentang masalah penggunaan ChatGPT oleh pelajar untuk mengambil jalan singkat dan plagiarism. GPTZero dibangunkan semasa cuti tahun baru oleh beliau dengan ia dibuka sebagai perisian Beta pada 3 Januari.
Tian tidak menyangka GPTZero akan mendapat sambutan dengan ratusan permohonan diterima untuk menggunakannya. Selepas GPTZero dilancarkan, beliau menerima mesej dari pelbagai firma pelaburan seperti A16Z, dan Menlo Ventures yang berminat dengan perisian yang dihasilkan Tian.