Cari @ Amanz

LG Ultragear, jenama paparan gaming LG baru-baru ini telah memperkenalkan paparan skrin gaming OLED pertama yang tampil dengan kadar segar semula setinggi 240Hz yang menjanjikan pengalaman gaming menggunakan konsol dan komputer yang mantap.

LG Ultragear OLED 45GR95QE ialah paparan skrin gaming OLED bersaiz 45 inci dengan resolusi 3440×1440 dengan lengkungan 800R dan kadar segar semula 240Hz. Ia juga menyokong teknologi-teknologi paparan seperti NVIDIA G-SYNC, AMD FreeSync Premium dan juga HDR10 untuk pengalaman gaming dan juga tontonan siri televisyen dan filem yang terbaik.

Paparan skrin ini juga hadir dengan permukaan matte yang mengurangkan isu silau pada permukaan paparan, dan hadir dengan palam HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 yang boleh memanfaatkan konsol permainan video terbaru dan juga komputer gaming yang sangat berkuasa kepada maksima.

Bagi anda yang mementingkan kualiti audio juga, paparan LG Ultragear OLED 45GR5QE ini juga hadir dengan DAC dan amplifier audio terbina, jadi anda boleh menyambungkan pembesar suara ataupun fon kepala kegemaran anda untuk kualiti audio yang terbaik.

LG Ultragear OLED 45GR95QE kini sudah mula dibuka untuk pra-tempahan di pasaran-pasaran terpilih, dan dijual pada harga $1699 (~RM7434).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd