Cari @ Amanz

Sewaktu Belanjawan 2023, pihak kerajaan ada mengumumkan bahawa untuk pembelian barangan import secara atas talian, pembeli akan dikenakan cukai walaupun nilai barangan tersebut adalah dibawah tahap harga RM500.

Terkini, kerajaan telah mengesahkan bahawa nilai cukai tersebut sudahpun ditetapkan pada 10 peratus daripada harga jualan barang tersebut sekiranya ia diimport dari luar negara.

Cukai ini akan dikenakan terhadap harga jualan barangan tersebut, dan bukan pada caj penghantaran oleh pihak penjual. Cukai ini juga akan diperkenalkan untuk semua jualan atas talian yang diimport dari luar negara bermula 1 April 2023. Jadi sekiranya pembelian tersebut dibuat sebelum 1 April 2023, tetapi dihantar selepas tarikh tersebut, cukai jualan ini tidak akan dikenakan terhadap produk tersebut.

Selain daripada itu, pihak kerajaan juga telah mengeluarkan senarai barang-barangan yang tidak akan dikenakan cukai ini, termasuklah:

  • Rokok
  • Produk tembakau
  • Paip tembakau
  • Vape
  • Cecair vape
  • Arak
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd