Papan Induk Dengan Konsep Sorokkan Kabel DIY-APE Diperlihatkan Dengan Lebih Meluas

Diterbitkan pada Jan 9, 2023. oleh .

Pada tahun lepas, sejumlah pembuat papan induk telah memperlihatkan konsep papan induk dimana palam-palam yang terletak di bahagian hadapan papan induk sebelum ini dipindahkan di bahagian belakang.

Gigabyte memperlihatkan komponen Project Stealth mereka, manakala MSI hadir dengan Project Zero dimana bahagian papan induk mereka dilihat bersih tanpa sebarang kabel.

ASUS juga dilihat memperkenalkan konsep DIY-APE mereka dengan idea yang sama, tetapi apa yang lebih menarik lagi ialah jenama-jenama seperti Maxsun dan MSI dilihat memperkenalkan sejumlah lagi papan induk yang menggunakan konsep menyorokkan kabel DIY-APE.

Dua papan induk yang diperlihatkan ialah Maxsun DIY-APE H610 King dan juga MSI B650M APE WiFi yang memperlihatkan rekaan serba kemas dari hadapan, tanpa kelibat palam kuasa ataupun USB, yang mana kebanyakannya sudahpun diletakkan di bahagian belakang.

Dengan rekaan papan induk baru ini, rangka komputer baru juga diperlukan, dan jenama-jenama seperti LianLi, Cooler Master, Phanteks dan sebagainya sudah mula membangunkan rangka yang menyokong papan induk seperti ini.

Buat masa ini, papan-papan induk dengan rekaan DIY-APE ini hanya diperlihatkan di pasaran China terlebih dahulu, dan tidak diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan untuk pasaran global.

komen


© Amanz / 2023 Kami