TikTok Bakal Hadir Dengan Ciri Peringatan Untuk Tidur

Diterbitkan pada Jan 9, 2023. oleh .

Bukan perkara baru di mana aplikasi penstriman seperti untuk video atau audio mempunyai ciri peringatan untuk tidur. Ia adalah untuk mengawal pengguna dari obsesi atau khayal dengan sesuatu aplikasi. Spotify ada pemasa tidur, YouTube ada peringatan untuk tidur dan banyak lagi.

Terkini, TikTok dilihat turut menguji ciri lebih kurang sama. Ciri dinamakan sebagai Sleep Reminder ini hadir melalui tetapan Masa Skrin. Berbeza dengan masa skrin yang boleh mengehadkan penggunaan aplikasi TikTok, Peringatan Tidur akan berhenti menghantar notifikasi kepada pengguna dan mengingati pengguna untuk tidur selama 7 jam.

Ciri ini dikatakan sedang diuji oleh pengguna terpilih di peringkat global, dan masih belum diedarkan secara meluas. Berdasarkan laporan TechCrunch, ciri ini tidak diselarikan dengan masa tidur pada iOS atau Android – sebaliknya pengguna perlu tetapkan masa tidur sendiri.

Tidak dinafikan TikTok sudah menjadi aplikasi media sosial popular dan ada yang ketagih dengannya. Untuk mengelakkan sebarang masalah, ciri seperti ini disertakan agar pengguna sentiasa berwaspada. Untuk akaun pengguna berusia 13-15 tahun, notifikasi sudah pun dimatikan pada setiap jam 9 malam sementara mereka yang berusia 16-17 tahun tidak menerima notifikasi pada jam 10 malam.

komen


© Amanz / 2023 Kami