Zoom Memperkenalkan Avatar Kartun 3D Sebagai Pengganti Diri

Diterbitkan pada Jan 10, 2023. oleh .

Dunia semakin dibuka pasca pandemik tetapi masih ramai menggunakan aplikasi telesidang kerana tempat kerja sudah memulakan sistem hibrid. Bagi pengguna setia Zoom, aplikasi telesidang paling popular dunia kini memperkenalkan pula ciri avatar kartun 3D sebagai pengganti diri.

Ini sesuai digunakan bagi mereka yang mungkin segan untuk memaparkan wajah sendiri pada kamera web kerana tidak cukup kemas atau tiada latar belakang yang sesuai. Terdapat pelbagai pilihan kustomasi avatar diberikan oleh Zoom seperti warna kulit, rambut, baju, aksesori dan banyak lagi untuk menghasilkan pengganti diri yang mirip wajah sebenar.

Pada waktu ini ciri avatar 3D ini diberikan kepada pengguna Beta terlebih dahulu tetapi akan diberikan kepada semua dalam masa terdekat.

komen


© Amanz / 2023 Kami