Cari @ Amanz

Untuk mengurangkan kos antara perkara yang dilakukan oleh pengeluar peranti elektronik ialah menggunakan komponen rekaan sendiri. Harga komponen lebih rendah akan meningkat keuntungan pasca jualan. Hari ini muncul laporan daripada Bloomberg bahawa Apple ingin menggantikan cip WiFi dan bluetooth keluaran Broadcom dengan cip rekan sendiri menjelang 2025.

Proses menggantikan cip WiFi dan bluetooth dilakukan pada waktu yang sama mereka membangunkan cip 5G kendiri bagi menggantikan modem Qualcomm yang digunakan sekarang. Turut dilaporkan pembangunan modem sendiri ini berhadapan beberapa isu yang menyebabkan ia ditangguh ke 2025 berbanding sasaran asal 2024.

Peranti pertama yang sepatutnya menggunakan modem ini ialah iPhone SE Gen-4. Kombinasi kelewatan modem dan kurangnya sambutan ke atas iPhone mampu milik menyebabkan iPhone SE Gen-4 dilaporkan telah dibatalkan.

Apple ingin menggantikan cip Broadcom dan Qualcomm kerana enggan membayar lesen penggunaan teknologi yang semakin mahal. Dalam pertelingkahan dengan Qualcomm, Apple didapati bersalah sehingga perlu membayar ganti rugi serta menggantikan model Intel yang tidak menawarkan prestasi yang baik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd