Carian
Lubang Lapisan Ozon Akan Pulih Sepenuhnya Menjelang 2066
January 10, 2023 Effi Saharudin

Sekiranya anda membesar di dekad 80an dan awal 90an, isu yang sering berbangkit mengenai alam sekitar ialah lubang pada lapisan ozon. Penemuan lubang ozon yang besar di Antartika merisaukan saintis sehingga negara-negara utama dunia memeterai Protokol Montreal pada tahun 1989 untuk menghentikan penggunaan CFC-11 yang menyebabkan ia berlaku.

Sekretariat Ozon Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu semalam menerbitkan laporan bahawa semenjak persetujuan dimeterai 197 negara, kesihatan lapisan ozon kini semakin baik. Menjelang 2040, majoriti lubang yang ditemukan di negara-negara yang memeterai perjanjian akan tertutup sepenuhnya

Di kawasan Artik pula, kadar pemulih di jalan yang betul untuk penutupan lubang ozon menjelang 2045. Seterusnya menjelang 2066 pula, lubang ozon terakhir akan akhirnya puluh di Antartika. Lubang ozon terbesar terletak di Antartika kerana keadaan meteorologi di Kutub Selatan menjadikan CFC-11 lebih efektif memusnahkan lapisan ini. Laporan PBB ini membuktikan sekiranya wujud usaha sama di peringkat global, masih terapat masa untuk memulihkan bumi.

Komen