Dell Memperlihatkan Paparan UltraSharp Dengan Resolusi 6K Dan Sokongan Thunderbolt 4

Diterbitkan pada Jan 10, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dell ialah sebuah jenama teknologi yang tidak asing lagi, dan cukup dikenali untuk penawaran komputer, paparan skrin dan pelbagai aksesori komputer yang lain.

Terkini, Dell telah memperlihatkan paparan skrin UltraSharp terbaru mereka, iaitu Dell UltraSharp . Paparan skrin ini hadir dengan saiz 32 inci dan mempunyai resolusi 6K (6144 x 3456) menggunakan panel IPS Black dengan sudut pandangan 178 darjah.

Paparan ini juga mampu memaparkan 99 peratus daripada gamut warna DCI-P3 dan 100 peratus gamut warna Adobe RGB dan juga Rec.709.

Ia juga mempunyai sokongan untuk satu palam Thunderbolt 4 yang juga hadir dengan sokongan untuk penghantaran kuasa 140W yang cukup berkuasa untuk mengecas sebuah komputer riba moden tanpa masalah.

Paparan ini juga mempunyai sejumlah palam USB Type-C dan Type-A, palam DisplayPort, HDMI 2.1 dan juga RJ-45 untuk sambungan internet berwayar. Sebagai penambahan kepada fungsi produktiviti paparan skrin ini, ia juga tampil dengan kamera 4K30FPS dengan sensor HDR CMOS terbina.

Selain daripada itu, ia juga hadir dengan fungsi mengubahsuai ketinggian dan kedudukan dan mempunyai suis KVM terbina untuk membolehkan pengguna menggunakan papan kekunci dan tetikus sedia ada pada komputer lain apabila disambungkan ke paparan skrin ini.

Buat masa ini, tarikh pelancaran dan harga untuk paparan skrin Dell UltraSharp U3224KB ini tidak diketahui lagi.

komen


© Amanz / 2023 Kami