Carian
Microsoft Dilaporkan Ingin Melabur $10 Billion Pada OpenAI – Syarikat Sebalik ChatGPT Dan Dall-E
January 10, 2023 Aman

Salah satu perkara yang hangat diperkatakan kebelakangan ini adalah keupayaan kecerdasan buatan dalam melaksanakan sejumlah tugasan, iaitu melalui ChatGPT. Microsoft sedia melabur pada syarikat disebaliknya, OpenAI – dan kini ia diperkatakan Microsoft akan memperluaskan lagi pelaburan berkenaan.

Mengikut laporan terbaru, Microsoft dalam perbincangan untuk melabur sekitar $10 bilion pada OpenAI, sekaligus menilaikan syarikat tersebut sekitar $29 bilion.

Ia dikatakan, dibawah terma pelaburan berkenaan, Microsoft akan menerima 75% keuntungan OpenAI sehingga pelaburan awal mereka diperoleh balik, dan seterusnya Microsoft akan mempunyai pegangan sebanyak 49% pada syarikat tersebut.

Dengan kepakaran OpenAI yang diketengahkan melalui Dall-E dan juga ChatGPT, ia semestinya menjadi salah satu syarikat yang menjadi sasaran ramai pemilik baharu.

Microsoft juga sebelum ini telah diperkatakan ingin mengintegrasikan ciri OpenAI pada enjin carian Bing mereka, selain perisian produktiviti seperti Microsoft Word.

Komen