Twitter Akan Meniru Reddit Menerusi Pemberian Hadiah Menggunakan Twitter Coins

Diterbitkan pada Jan 10, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter perlu menjana wang dengan segera kerana faedah yang dikenakan atas pembelian Elon Musk adalah tinggi. Selain perkhidmatan Twitter Blue, mereka kini dalam persediaan memperkenalkan ciri Twitter Coins pula menurut ciapan Jane Manchun Wong. Twitter Coins boleh digunakan untuk membeli pelbagai hadiah maya yang kemudiannya diberikan kepada pengguna lain.

Ciri ini sama seperti ciri hadiah yang digunakan di Reddit dengan pengguna memberikan hadiah maya pada topik dan komen yang dirasakan menarik. Hadiah yang boleh diberikan ialah piala emas, piala perak, ros, mahkota dan banyak lagi. Setiap satu hadiah dijual pada harga berbeza seperti 5000 Twitter Coins untuk anugerah Gold.

Sistem pemberian hadiah seperti ini adalah perkara biasa dilakukan pada media sosial seperti Weibo dan juga di kalangan pengguna Tiktok serta YouTube. Persoalannya adakah ini jawapan kepada isu keperluan menjana pendapatan secepat mungkin oleh Twiiter?

komen


© Amanz / 2023 Kami