The Smart Label Dilengkapi 5G Memudahkan Penjejakan Bungkusan

Diterbitkan pada Jan 10, 2023. oleh .

Sejak peranti penjejak seperti AirTag dilancarkan, terdapat pelbagai eksperimen dilakukan untuk melihat keberkesanannya. Insiden syarikat bungkusan berbohong mengenai lokasi barang yang dihantar beberapa kali telah direkodkan bersama dengan isu bagasi yang dihilangkan oleh syarikat penerbangan. Isu dengan AirTag ialah ianya masih terlalu mahal dan tebal.

Di CES, The Smart Label telah dilancarkan oleh Pod Group dari Jerman. Ia adalah label bungkusan yang nipis dengan ia mempunyai kemampuan dijejak secara masa nyata kerana menyokong rangkaian 5G. Bateri dan cip 5G yang nipis digunakan The Smart Label untuk membolehkan ia kelihatan seperti label bungkusan biasa. Label boleh digunakan beberapa kali kerana baterinya boleh bertahan sehingga 6 bulan.

Dengan The Smart Label pelanggan bukan sahaja boleh menjejak lokasi bungkusan tetapi turut mengesan ia terdedah kepada kepanasan melampau kerana turut dilengkapi sensor suhu. Bagi syarikat yang menggunakan The Smart Label pula, mereka boleh mengesan jika bungkusan dikeluarkan dari kawasan sepatutnya bagi mengelakkan kecurian.

komen


© Amanz / 2023 Kami