Rasmi – Samsung Unpacked Akan Berlangsung Pada 2 Februari

Diterbitkan pada Jan 11, 2023. oleh .

Acara Samsung Unpacked yang seterusnya kini disahkan akan berlangsung pada 2 Februari jam 2 pagi waktu Malaysia. Di acara ini siri Samsung Galaxy S23 baharu serta beberapa aksesori lain pastinya akan turut diumumkan secara rasmi selepas beberapa maklumat mengenainya tertiris.

Tiga peranti siri ini ialah Samsung Galaxy S23, S23+ dan S23 Ultra yang kesemuanya akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 2 edisi khas yang dihasilkan sendiri menggunakan faundri Samsung dan bukannya TSMC seperti cip lain.

Antara perkara lain yang dijangkakan ialah penambahbaikan pada sistem kamera dan storan asas peranti. Samsung Unpacked 2023 boleh distrim menerusi laman rasmi Samsung dan jua YouTube pada tarikh tersebut.

komen


© Amanz / 2023 Kami