Dengan API Extension SDK Google Ingin Memberikan Ciri Baharu Android 13 Pada Android Versi Lama

Diterbitkan pada Jan 11, 2023. oleh .

Saban tahun ada sahaja yang mengeluh kerana peranti Android mereka tidak lagi menerima sokongan kemas kini oleh pengeluar. Secara lazimnya sokongan hanya diberikan selama dua tahun. Pemilik sekadar boleh melihat degan iri hari peranti baharu menggunakan versi Android terkini dengan ciri yang dipertingkatkan. Minggu ini Google melancarkan API Extension SDK dengan tujuan memberikan ciri pada Android 13 ke peranti dengan Android 11 dan ke atas.

Menurut Google, sejak memperkenalkan Project Mainline pada Android 10 pelbagai ciri sistem operasi adalah modular dengan ia boleh dikemaskini berasingan menerusi Play Store tanpa menanti kemas kini sistem operasi. Extension SDK akan membolehkan lagi ciri Android 13 seperti PhotoPicker diberikan kepada peranti Android 11 dan ke atas.

Contoh lain yang diberikan ialah sokongan kad pengenalan dan lesen memandu digital dalam Google Wallet. Dengan Extension SDK pembangun aplikasi boleh menyertakan ciri baharu pada aplikasi yang menyasarkan pengguna peranti yang sudah agak berusia.

komen


© Amanz / 2023 Kami