App Store Membayar $320 Bilion Kepada Pembangun Sejak 2008

Diterbitkan pada Jan 11, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

App Store ditawarkan kepada pengguna iPhone pada 10 Julai 2008 dengan 500 aplikasi dan ia kini mempunyai lebih 1.8 juta aplikasi. Hari ini Eddy Cue yang merupakan timbalan presiden untuk bahagian perniagaan perkhidmatan Apple mengumumkan App Store telah membayar lebih $320 bilion kepada pembangun sejak memulakan operasi.

Turut diumumkan ialah Apple mempunyai 900 juta pelanggan berbayar kepada perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka. App Store turut mempunyai 650 juta pelawat dari 175 pasaran setiap minggu.

Untuk perkhidmatan Apple Arcade pula, lebih 200 aplikasi kini boleh dimuat turun pelanggan dengan ia tidak akan diganggu oleh sebarang bentuk pengiklanan. Turut disentuh oleh Cue ialah Apple Music menawarkan lebih 100 juta lagu untuk distrim yang mempunyai kapasiti yang sama dengan 100,000 iPod generasi pertama seperti yang dimumkan oleh mendiang Steve Jobs pada tahun 2001.

komen


© Amanz / 2023 Kami