Kajian Memperlihatkan Penjual Di Asia Tenggara Memanfaatkan Platform Penstriman Untuk Jualan Produk

Diterbitkan pada Jan 11, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sama ada kita akui atau tidak, sejak pertambahan platform jualan penstriman langsung, trend baharu yang berpotensi membentuk masa depan e-dagang ini juga semakin menjadi tumpuan para penjual. Ia bukan sahaja taktik pemasaran yang menarik, malahan turut membantu penjual untuk mewujudkan hubungan interaksi yang baik dengan pelanggan. Ini termasuklah pelanggan baharu mahupun sedia ada.

Menurut kajian yang dibuat oleh Ninja Van, Malaysia merupakan negara yang mempunyai peratusan sesi penjualan penstriman langsung tertinggi jika nak dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura. Melaluinya, sebanyak 40% penjual penstriman langsung di Malaysia yang membuat sesi penjualan setiap hari. Ia kemudiaanya diikuti dengan Vietnam (27%), Indonesia (23%) dan Singapura (17%).

Tinjauan yang sama turut mendapati satu daripada tiga penjual e-dagang di Asia tenggara memanfaatkan sehingga enam jam seminggu untuk setiap sesi jualan. Di mana, secara puratanya 47% penjual di Malaysia menjalankan setiap sesi sehingga 2 jam. Antara kategori yang popular termasuklah fesyen, kecantikan dan penjagaan peribadi, makanan dan minuman, serta produk kelengkapan rumah.

Tinjauan yang sama turut menyatakan, Shopee, Facebook dan TikTok ialah tiga platform jualan penstriman langsung teratas jadi pilihan penjual. Namun begitu, peratusan margin yang dicatatkan cukup rapat, sekaligus menunjukkan belum ada sebarang platform utama yang digunakan sepenuhnya oleh penjual.

Kenyataan ini diperkuatkan lagi dengan kajian Ninja Van Malaysia yang mendapati secara puratanya, penjual e-dagang menggunakan sekurang-kurangnya dua saluran berbeza untuk sesi jualan. Hal ini mungkin bertujuan bagi memaksimumkan jangkauan mereka kepada pembeli.

Adakah anda tergolong dalam kalangan penjual penstriman langsung, atau mungkin pembeli yang sering membeli barangan secara langsung? Kongsikan pengalaman anda.

komen


© Amanz / 2023 Kami