Cari @ Amanz

Cooler Master ialah sebuah jenama komponen dan aksesori komputer yang cukup terkenal sekali untuk pilihan rangka komputer, penyejuk dan juga bekalan kuasa mereka.

Terkini, dengan kemaskini kepada perisian MasterPlus+ mereka, Cooler Master dilihat mahu memperkenalkan sokongan untuk API sumber terbuka, yang membolehkan perisian tersebut untuk disambungkan pada komponen dan juga aksesori-aksesori jenama lain.

Untuk pengguna perisian MasterPlus+ khususnya, apabila kemaskini ini diperkenalkan kelak, mereka boleh melihat butiran seperti jumlah penggunaan kuasa pada bekalan kuasa, kelajuan kipas penyejuk udara dan cecair jemama lain dan sebagainya.

Akan tetapi, fungsi-fungsi khusus seperti pengesanan kebocoran, perubahan had voltan dan kuasa elektrik dan sebagainya masih lagi terhad kepada komponen-komponen oleh Cooler Master.

Walaupun begitu, dengan penggunaan API sumber terbuka, perisian MasterPlus+ juga boleh digunakan untuk menambahkan ciri-ciri tambahan seperti pengawal pencahayaan RGB keseluruhan komputer dan sebagainya.

Cooler Master mengatakan bahawa butiran lanjut mengenai kemaskini kepada perisian MasterPlus+ kelak apabila mereka bersedia untuk mengumumkannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd