Cari @ Amanz

Samsung kini dilaporkan sedang melakukan penilaian berkenaan penawaran model bagi telefon mercu mereka, dan mengurangkan ia kepada hanya dua variasi model sahaja pada 2024 kelak.

Ini bermakna, siri Galaxy S24 kelak akan mempunyai dua variasi sahaja, berbanding penawaran tiga variasi pada hari ini.

Buat masa ini, Samsung memasarkan siri Galaxy S mereka dibawah penawaran model versi biasa, versi Plus dan juga versi Ultra.

Dibawah perancangan baharu, ia dikatakan model “Plus” tiada dalam perancangan untuk Galaxy S24 pada tahun hadapan.

Langkah ini mungkin kerana model “Plus” tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Selain Samsung, Apple juga dilihat tidak mencapai sasaran jualan melalui model iPhone 14 Plus mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd