Microsoft 365 Basic Dilancarkan Pada Harga $1.99 Sebulan

Diterbitkan pada Jan 12, 2023. oleh .

Microsoft 365 Basic telah diumumkan hari ini dengan bayaran $1.99 sebulan. Ia adalah pelan baharu yang lebih murah berbanding Microsoft 365 Personal yang boleh dilanggan pada harga RM22 sebulan di Malaysia.

Menerusi Microsoft 365 Basic, pelanggan boleh mengakses Word, Excel, OneNote, dan OneDrive versi web serta mudah alih. Turut diterima ialah storan OneDrive sebesar 100GB. Pelan baharu ini akan mula ditawarkan bermula 30 Januari hadapan sempena ulang tahun ke-10 perkhidmatan dilancarkan

Pada waktu ini pelan baharu ini masih belum dipaparkan di lama Microsoft Malaysia maka tidak diketahui jika ia akan ditawarkan kepada pelanggan tempatan pada penghujung bulan ini. Untuk pelanggan peribadi, Microsoft Malaysia hanya menawarkan Microsoft 365 Personal dan Microsoft 365 Family sahaja.

komen


© Amanz / 2023 Kami