Cari @ Amanz

Memandu dalam keadaan mabuk menyebabkan banyak kematian di seluruh dunia. Pelbagai teknologi dibangunkan untuk mengelakkan individu mabuk daripada memandu dalam keadaan mabuk. Di China, BYD telah mempatenkan rekaan jam tangan pintar yang boleh mengesan tahap alkohol dalam darah.

Menerusi jam tangan ini, ia boleh dipadankan dengan sistem kereta BYD yang menghalang kenderaan daripada dipandu secara automatik. Dari segi rekaan jam tangan ini mempunyai rekaan skrin berkotak dan tubuh yang juga berkotak. Rekaan yang bertentangan dengan rekaan jam tangan moden yang lebih cenderung mempunyai tubuh yang dibulatkan.

Terdapat sebuah sensor pada bahagian dagu jam yang agak besar. Apakah fungsi sensor ini adalah misteri. BYD, syarikat kenderaan dari China kini mempunyai pegangan yang besar dalam sektor kenderaan elektrik dengan ia turut memasuki pasaran Malaysia. Ura-ura mereka membangunkan jam tangan pintar sudah didengari sejak 2021 tetapi tidak disahkan oleh syarikat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd