Carian
Kerana Kemelesetan Ekonomi Jualan Telefon Terpakai Meningkat 11.5% Sepanjang 2022
January 12, 2023 Effi Saharudin

Membeli kereta terpakai adalah perkara normal bagi mereka yang ingin memiliki kenderaan tetapi tidak mampu membeli yang baharu. Di kalangan pengguna telefon pintar pula, seakan ada stigma membeli telefon terpakai kerana isu penipuan tempoh jaminan yang dibeli adalah peranti palsu. Menurut laporan IDC minggu ini, jualan telefon terpakai meningkat 11.5% pada tahun 2022 berbanding 2021 menunjukkan stigma ini mungkin semakin berkurangan.

Dianggarkan sebanyak 222 juta peranti terpakai terjual tahun lalu dengan ramalan ia akan meningkat sehingga hampir 414 juta menjelang 2026. Sokongan perisian yang semakin baik, peningkatan prestasi pemproses dari tahun ke tahun yang rendah dan keadaan ekonomi menjadi pemacu kepada peningkatan jualan peranti terpakai.

Ini adalah berita baik kepada pengguna keran di Malaysia kita sendiri dapat melihat peranti terpakai dalam kondisi yang baik boleh dibeli pada harga yang tidak membebankan pengguna. Kepada alam sekitar pula ia mengurangkan sampah elektronik yang menjadi isu besar.

Komen