Cari @ Amanz

Elon Musk ialah pemilik Tesla, SpaceX dan Twitter. Tetapi beliau lebih dikenali sebagai manusia terkaya dunia pada penghujung 2021. Dengan keadaan ekonomi yang agak goyah sekarang, saham Tesla telah menjunam 70% berbanding kemuncak pada November 2021. Menurut laporan Buku Rekod Guinness, Musk kini secara rasmi memegang rekod kehilangan nilai kekayaan terbesar dalam sejarah.

Elon Musk

Nilai kekayaan Musk turun daripada $320 bilion pada November 2021 ke $138 bilion pada awal bulan ini yang merupakan pengurangan sekitar $182 bilion. Ini dengan mudah melangkau rekod yang dipegang oleh Masayoshi Son, pengasas Softbank yang kehilangan $58.6 bilion pada tahun 2000.

Nilai kehilangan kekayaan Musk adalah amat besar tetapi beliau masih lagi manusia kedua terkaya dunia di belakang Bernard Arnault yang merupakan CEO LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton. Saham Tesla sudah kembali stabil dan pada hari ini kekayaan Musk meningkat ke $146.5 bilion.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd