Jualan PC Global Menjunam Dari Tahun Ke Tahun Pada Suku Keempat 2022

Diterbitkan pada Jan 12, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Era pandemik COVID-19 memperlihatkan peningkatan jualan komputer yang mendadak selama dua tahun kerana keperluan orang ramai untuk bekerja dari rumah dan mengelakkan jangkitan wabak tersebut.

Akan tetapi, dengan dunia kini semakin kembali ke norma asal dengan bekerja di pejabat dan kini tidak lagi memerlukan lambakan komputer untuk bekerja dari rumah. Malah, menurut laporan jualan terbaru daripada Gartner dan IDC, jumlah jualan komputer pada suku keempat 2022 telah turun dengan mendadak dari tahun ke tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.

Jenama-jenama komputer terkemuka seperti Dell, HP dan Lenovo rata-ratanya memperlihatkan penurunan penjualan PC sebanyak 29-31 peratus pada suku tersebut. Malah, Acer, sebuah lagi jenama PC terkemuka memperlihatkan penurunan jualan sebanyak 41 peratus pada suku yang sama.

Dalam pada itu, jumlah jualan PC pada keseluruhan tahun juga menurun sebanyak 16 peratus dari tahun ke-tahun mengikut laporan Gartner dan ini khususnya dapat dilihat kerana pengguna kini tidak lagi memerlukan komputer lagi walaupun apabila mereka perlu bekerja dari rumah.

Ini juga dilihat berlaku kerana tidak seperti peranti pintar, sebuah komputer secara lazimnya tidak perlu ditukar setiap tahun, dan untuk tujuan produktiviti, ia tidak mengejutkan sekiranya komputer yang dibeli walaupun dua tahun yang lepas masih lagi boleh dimanfaatkan tanpa sebarang masalah.

komen


© Amanz / 2023 Kami