Cari @ Amanz

Tidak dinafikan, penggunaan emoji dalam memberi reaksi tertentu sebenarnya mendatangkan rasa seronok. Malahan, turut bantu menggambarkan perasaan seseorang, sama ada gembira, memahami dan sebagainya. Terbaharu Google akhirnya melancarkan sokongan reaksi emoji untuk aplikasi Meet, yang mana pengguna secara senyap boleh menghantar reaksi sewaktu panggilan mesyuarat.

Berkongsi lanjut, ciri ini boleh diakses dengan klik pada mana-mana ikon baharu dalam kawalan menyuarat. Ini termasuklah hati, ibu jari, tepuk tangan, ketawa dan sedih. Reaksi ini kemudiannya akan muncul sebagai ikon kecil yang terapung di sebeleah kiri skrin video penghantar tadi. Pengguna turut boleh melihat lambakan ikon emoji terhasil sekiranya terdapat banyak bentuk interaksi yanng berlaku.

Di samping itu, tetapan warna pada ikon emoji turut boleh disesuaikan yang mana menurut Google boleh melambangkan identiti pengguna sendiri. Dalam masa sama, pilihan ini turut boleh disimpan ke profil pengguna sendiri. Ciri ini diaktifkan secara lalai, tetapi masih boleh dimatikan menerusi tetapan pentadbir atau hos mesyurat sahaja.

Buat masa sini, ia hanya boleh digunakan pada Google Meet di web dan peranti iOS sahaja. Ini termasuklah buat semua pengguna Google Workspace yang merangkumi akaun Google peribadi, G Suite Basic dan Business. Sokongan pada peranti Android pula akan diberikan pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd