Apple Devices Adalah Pengganti Aplikasi iTunes Untuk Windows 11

Diterbitkan pada Jan 12, 2023. oleh .

Sebentar tadi, telah kami laporkan yang aplikasi Apple TV dan Apple Music versi percubaan mula tiba untuk peranti Windows 11. Selain dua aplikasi ini, Apple turut menyertakan Apple Devices Preview untuk diuji.

Apple Devices adalah pengganti kepada iTunes, di mana pengguna Windows boleh menguruskan peranti Apple seperti iPad atau iPhone terus pada aplikasi ini. Ia menggunakan rekaan antaramuka moden, tidak serabut seperti iTunes serta lebih mudah untuk digunakan oleh orang ramai.

Apabila aplikasi ini dipasang, iTunes akan terus tidak berfungsi. Disebabkan ia masih dalam versi percubaan, jadi banyak ciri dan fungsi mungkin tidak akan disokong. Melalui Apple Devices juga, pengguna Windows boleh melakukan sandaran, kemaskini dan macam-macam lagi.

Seperti Apple Music dan Apple TV, aplikasi ini tersorok di Microsoft Store dan tidak boleh diakses oleh pengguna Malaysia. Jika anda ingin mencubanya, tukar tetapan peranti Windows ke Amerika Syarikat dan tekan pautan di bawah untuk muat turun.

komen


© Amanz / 2023 Kami