Program GrabAccess Buka Peluang Lebih Ramai OKU Termasuk Kecacatan Fizikal Sertai Ekonomi Digital

Diterbitkan pada Jan 12, 2023. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Segelintir antara kita masih mempunyai stigma golongan orang kurang upaya (OKU) ini tidak menyumbang apa-apa, sekaligus menjadi penghalang untuk mereka diberi peluang dalam pelbagai hal. Tetapi perlu diingatkan bahawa mereka juga sebahagian daripada masyarat. Justeru, mereka juga mempunyai hak dan peluang untuk menjalani kehidupan seperti biasa.

Baru-baru ini, Grab telah hadir dengan satu lagi program serantau yang menggalakkan lebih ramai golongan OKU dan orang terpinggir menyertai ekonomi digital. Dikenali sebagai GrabAccess, ia memainkan peranan penting bukan sahaja bagi mengurangkan halangan yang dihadapi oleh OKU. Malahan, turut memberi akses dan sokongan yang sama rata bagi menjadi rakan kongsi Grab, sama ada sebagai pemandu, penghantar atau rakan niaga.

GrabUnlimited

Inisiatif ini merupakan tambahan daripada komitmen kerjasama Grab dengan Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD) sebelum ini. Di mana, mereka memperkasakan komuniniti pekak dan kurang pendengaran dalam ekosistem Grab. Seterusnya kini diperluaskan lagi buat golongan OKU yang mengalami kecacatan fizikal yang dibentuk dengan kerjasama Persatuan Pemandu e-Hailing OKU Fizikal Malaysia (PPEOFM).

Melaluinya Grab begitu komited untuk menyediakan bantuan dan sesi latihan yang direka khas bagi membolehkan ianya dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan ini untuk peluang pendapatan. Ini termasuklah akses kepada pengetahuan untuk memasuki tenaga kerja Malaysia secara sama rata, sekaligus turut bantu lebih ramai OKU mencapai kebebasan kewangan.

GrabFood

Pengumuman ini telah dibuat sewaktu majlis #BreaktheSilence yang dianjurkan bagi meraikan golongan OKU di platform. Pengenalan GrabAcces ini juga diharapkan mampu mematahkan stigma masyarakat terhadap golongan OKU, dalam masa sama lebih terbuka mengenai kepentingan peluang inklusif yang sama rata untuk membina negara maju.

OKU Bukanlah Penghalang Kerjaya

Sewaktu pelancaran inisiatif GrabAccess ini juga kami berkesempatan menemuramah Badrol Shah, salah seorang pemandu OKU Fizikal (Kerdil) yang telah menyertai Grab yang pada mulanya ingin mencari pendapatan alternatif, namun kini menumpukan fokus sebagai pemandu Grab. Beliau yang sebelum ini bekerja di kantin sekolah terpaksa mencari sumber pendapatan lain memandangkan tiada gaji diterima pabila musim cuti sekolah bermula.

Apabila dicadangkan oleh sahabat beliau untuk menyertai platform Grab, Badrol menyertainya dengan menyewa Proton Saga. Selepas beberapa tahun sehingga kini, beliau telahpun menaiktaraf kenderaan dan menggunakan Perodua Alza. Bagi beliau yang dilahirkan kerdil, ia bukanlah satu cabaran besar kerana keberanian dan keyakinan dalam mengendalikan kenderaan besar tersebut memberikan lebih keuntungan untuknya berikutan kapasiti barangan yang boleh dibawa Perodua Alza, dan juga posisi kedudukan yang lebih selesa.

Menurut Badrol lagi, tiada sebarang perubahan peralatan dilakukan pada Alza. Namun tambah beliau lagi, ini adalah tertakluk kepada pemandu OKU dan mengikut jenis kelainan upaya mereka. Contohnya pemandu Bisu/Pekak tidak perlu melakukan sebarang modifikasi, namun bagi pemandu OKU kategori fizikal, mungkin sedikit perubahan diperlukan pada sudut pemandu, seperti pertukaran kepada suis tangan bagi mereka yang tidak dapat mengawal kawalan lampu isyarat menggunakan kaki, atau kerusi berlainan serta kawalan yang berlainan dan pelbagai lagi. 

Malah jelas sekali kelainan upaya Badrol iaitu berbadan kerdil, bukanlah penghalang bagi beliau mengenalikan kenderaan besar. Malah rata-rata penumpangnya turut berasa kagum dan yakin atas pemanduan beliau, dan turut memberi tips lumayan. Badrol turut menyarankan agar lebih ramai lagi pemandu OKU untuk tampil menyertai Grab kerana Grab telah sedia mempunyai pengalaman dalam menguruskan dan menjaga kebajikan pemandu OKU. Sebelum ini hanya OKU Pekak dan Bisu menyertai Grab namun dengan inisiatif GrabAccess ini, maka lebih ramai lagi pemandu OKU Fizikal boleh menyertai platform yang disediakan ini. 

komen


© Amanz / 2023 Kami