Twitter Menutup Pejabat Di Beberapa Negara Kerana Gagal Membayar Sewa
Effi Saharudin
Twitter perlu mengurangkan kos operasi mereka dengan segera pasca diambil alih oleh Elon Musk. Antara langkah drastik yang telah dilakukan beliau ialah berhenti membayar sewa untuk pejabat. Akibat Twitter kini telah mula menutup pejabat mereka di Indi, Eropsh, Hong Kong, Filipina, Mexico, Afrika, Australia dan Korea Selatan.

Penutupan tidak bermaksud Twitter menutup operasi di negara-negara tersebut. Di beberapa negara misalnya kakitangan diminta untuk bekerja dari rumah dan masih belum dibuang kerja. Di SIngapura minggu ini, kakitangan Twitter diminta mengosongkan pejabat kerana gagal membayar sewa tetapi kemudian dibenarkan kembali selepas ianya dibayar. Singapura ialah ibu pejabat operasi untuk keseluruhan rantau APAC.
[sumber] Sumber- Social Media Today [/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.